Wednesday 8 June 2011

luahan isi hati wawa

03.january.2008 !
itulah tarikh yang sangat sukar untuk aku lupakan. tarikh yang sangat bermakna pada aku sehingga ke hari ini .
tarikh itu telah membuka pintu hatiku buat seorang insan yang benar benar menyayangi aku.walaupun saat itu jarak antare kami agak jauh, bagi kami itu bukan lah satu penghalang.
2008 segalanya baru bg aku. aku menerima cinta baru yang masih kekal sehingga ke saat ini. aku sendiri tidak menyangka perhubungan ini akan kekal sehingga ke hari ini. aku bukan lah seorang wanita yang mudah untuk di jaga tetapi alhamdulillah ade yang mampu menahan dengan kerenah dan telatah aku. pada aku tak semua orang mampu menjaga aku dengan baik tetapi die telah berjaya menjaga aku dengan sebaiknya, aku sangat bersyukur dengan perkenalan ini. sememamangnya perkenalan kami ini, perkenalan yang langsung tidak dirancang. semuanya hanya kebetulan pada 2008 yang lalu. mungkin ini lah yang di namakan takdir tuhan.tiada siapa yang mampu mengubahnya.

10.mei.2008 !
buat pertama kalinya kami berjumpa setelah lima bulan bersama. disebabkan jarak yang jauh, kami jarang berjumpa. dia tinggal di JB dan aku pula di KL pabila rasa rindu di dalam dada membuak buak, dia akan datang ke KL untuk berjumpa denganku. walaupun sekejap, masa itu sangat bermakna bagi aku. kami meluangkan masa bersama hanyan di handphone. setiap hari kami akan msg dan di sebelah malam pula kami akan bergayut hingga ke pagi.begitulah rutin harian kami. ada saja cerita yang ingin di kongsikan bersama. tetapi ini semua hanya pada tahun 2008. 2009 tahun yang baru bg aku. dimana tahun sidia akan berpindah ke KL.kini dia tidak lagi jauh di mata. dekat di mata makin dekat di hati. semuanya berubah sejak dia pindah di KL.berubah dari segi jumpa !

2008 kami jarang jumpa kerana jarak yang jauh. tetapi 2009 tidak lagi bg kami. kami kerap jumpa himgga ke hari ini. laen pula pada tahun 2010. walaupun sidia dekat di mata, 2010 tahun yang agak sakit bg aku. aku pedulikan dia. aku hidup dengan bebas seperti orang yang tidak mempunyai boyfriend sepanjang tahun aku pedulikan dia.aku hanya mementingkan kawan di sekeliling aku. tidak kira laki atau perempuan. saat itu, kawanlah yang terbaik bagi aku.disebabkan terlalu asyik berkawan , ada kawan menjadi lebih dari kawan. aku seakan lupa aku sudah berpunya. kejamnya aku saat itu hingga sanggup melukakan hati insan yang lebih lama menyayangi aku.
tetapi kini aku sedar mana baik dan mana buruk. 2011 permulaan untuk aku dan dia. kali ini, aku akan cuba mmengawal hati aku untuk berkawan. aku akan cuba belajar dari kesilapan yang lepas. aku tidak mahu berpaling ke belakang. masih banyak lagi yang perlu aku teruskan dan masih banyak lagi kebahgiaan aku dan dia menanti dihadapan.

terima kasih kepada mohamad amerul bin mohamad asri kerana masih lagi bersama aku hingga ke saat ini. TQ B ! =) =) =)

No comments:

Post a Comment