hari ibu pada tahun ini jatuh pada 08 mei 2011.
pagi pagi lagi seperti biase aku akn bangun dr tidur
dan bersiap siap utk ke tempat kerja.
aku jalani hari aku seperti biase.
rase laen ? hari tuu aku rasa hari aku seperti hari hari biase.
takde ape yg membezakan bg aku.
hari tu, aku pulang kerja pd pukul 10 malam.
sebelum jam 10, aku mendapat pangilan telefon drpd bf tersayang iaitu amy.
begitu gembira hati aku pabila mendengar die akan mengmbil aku pada jam 10 nant.
rase tdk sabar semakin membuak buak.
katanya ingin membawa aku berjumpa ibu ku.
maklumlah, hari ibu lah kan..
malam tu, aku memakai kemeja berwarna putuh yang agak jarang.
amy pula hanya memakai tshirt berwarna hitam.
amy membawa aku ke rawang utk bertemu ibuku.
aku dan ibuku tgal berasingan.
(masalah keluarga)
amy lah yang selalu membawa aku ke rawang utk melepaskan rindu kepada ibu tresayang.
malam tu , kami menaiki kereta ke rawang.
kereta wira berwarna hitam. kereta yang tersimpan seribu kenangan dalam hidup aku.
amy dan ibuku telah berjanji ingin berjumpa di bukit rawang.
iaitu kedai makan yang sering kami lepak di waktu kebosanan.
malam tu kami berborak dan bergembira seperti biase.
seperti hari hari sebelumnya.
di kedai makan tersebut, terdapat karoeke.
malam tu, aku sempat juga menyanyi. hehe.
uncle kumar dj di sana.
jadi tidak memberi masalah utk aku menyanyi beberape lagu pon.
haha..
jam di tangan hampir masuk pukul 3pagi.
terdetik di hati amy mengajak aku pulang kerana keesokkan hari nya masing masing kerja.
tanpa melengah kan masa, aku pon terus bersalaman dgn ibuku.
kami pulang dalam keadaan yg lemah.
mungkin kerana masing masing penat.
SAAT YANG TIDAK KU DUGA :
amy memandu dgn perlahan kerana jalan agak gelap.
sebelum tiba di tol rawang, kami melalui jalan yang agak gelap dan sunyi.
jalan itu sedang di baiki.
tiba tiba ....
dihadapan kami terdapat kereta yg menghala ke kami.
kereta honda yang di pandu oleh pemuda cina itu "tersangat" lah laju.
disebabkan amy takut kami akan bertembung, amy mengelak ke kanan.
amy tidak sempat mengelak sepenuhnya, pemuda itu telah melanggar di bahagian
kiri di tempat duduk penumpang, lalu kereta kami berpusing.
kereta kami berhenti di tepi jalan .
dgn marah amy turun dr kereta dan membiarkan aku di dalam kereta.
tiba tiba aku terasa seperti ade air yang mengalir laju di kpale aku.
aku terus memegang kepale aku dan air yg mengalir laju itu ialah darah yang sangat pekat.
aku terus menjerit memangil amy.
amy terus berjalan ke arah ku.
aku merangkak ke tempat duduk pemandu kerana pintu aku telah tersangkut.
malam tu juga aku dibawa ke klinik berhampiran, tetapi doktor tidak mampu melakukan apa apa. lalu membawa aku ke hospital.
acu yang membawa aku ke hospital.
aku dibawa ke hospital sg buloh.
setibanya aku disana.aku dikerumuni oleh rakan abg ku.
aku dibawa ke tempat kecemasan.
saat itu amy masih lagi di klinik rawang yang pada mulanya aku dibawa.
amy di tinggalkan bersama ibuku.
amy hanya luka di kepala.
tetapi luka yg agak dalam.
aku ditemani kak yana , abg aku dan rakan rakan abg.
malam tu juga kepale aku di jahit sebanyak 10 jahitan !!
seumur hidup aku, itu lah kali pertama aku di hospital.
bagi aku, semua ini memberi seribu makna.
tidak mampu aku lupakan ape yang telah berlaku.
tetapi
alhamdulillah kami masih sihat dan selamat.
aminn ..